Monday 1 August 2011

Peniaga Muslim yang Berjaya

"JANGAN TAKUT MELANGGAR PANTANG JIKA PANTANG MENGHALANG KEMAJUAN. JANGAN SEGAN MENENTANG LARANGAN JIKA YAKIN KEPADA KEBENARAN. JANGAN MALU MENGUCAPKAN KEYAKINAN JIKA PERCAYA KEPADA KEADILAN. JADILAH BANGSA YANG BIJAKSANA. MEMEGANG TALI MEMEGANG TIMBA. MEMILIKI EKONOMI MENCIPTA BUDAYA. MENJADI TUAN DI NEGARA MERDEKA." - DATO' DR. USMAN AWANG 

Manusia paling berjaya ialah manusia muslim.Islam adalah asas kejayaan sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w;

"Sesungguhnya berjayalah orang yang hidup dengan islam,dikurniakan rezeki yang cukup dan diberi sifat qannah(redha)dengan yang apa Allah berikan kepadanya".

(Riwayat oleh Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a)

Peniga yang paling berjaya seharusnya peniaga muslim namun dengan syarat ia memiliki ciri-ciri seorang peniaga menurut kaca-mata islam,iaitu;

1.Memahami dasar dan pandangan Islam terhadap harta.
2.Tahu matlamat berniaga.
3.Tidak memperniagakan barangan atau produk yang haram atau syubhah.
4.Mematuhi peraturan perniagaan/jual beli menurut Syara.
5.Bertakwa dan menjaga akhlak ketika menjalankan perniagaan.
6.Tidak mengabaikan ibadah kepada Allah.
7.Tidak lupa mengeluarkan zakat dan bersedekah.
8.Mempunyai ilmu tentang perniagaan.
9.Bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan.
10.Sentiasa bertawakal kepada Allah.
11.Selalu berdoa memohon kejayaan daripada Allah.
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah.
13.Tidak kufur nikmat;iaitu menggunakan kekayaan untuk melakukan dosa dan maksiat.

1 comment: